Ketika pemerhatian ini dibuat saya sedang bercuti selama tujuh
hari. Jadi,masa dan peluang yang ada dapat diberikan bersama mereka. Di
takdirkan Allah pada ketika ini, kembar yang pertama telah diserang demam
panas. Gelagat serta tingkah laku kanak-kanak ketika demam cukup membimbangkan
dan mencabar jiwa dan mental bagi seorang ibu. Kesan impak dari anak tersebut
telah menyebabkan saya dalam kemurungan. Segala kehendak sama ada dari emosi
dan tuntutan perlu dipenuhi kerana dari psikologinya mahukan anak ini tidak memberontak
dan dapat memberi motivasi secara psikologi. Kesan dari rengekan serta tangisan
boleh menyebabkan ibu sentiasa dalam situasi merundum dan menghadapi tekanan
yang buruk. Sudah menjadi lumrah bagi seorang kanak-kanak, menunjukkan protes atau
demontrasi bantahan apabila sesuatu keadaan itu tidak dipenuhi. Bagi meluahkan
perasaan, tangisan dan rengetan itulah menjadi senjata bagi mencapai hajat
dipenuhi.
Kembar pertama bernama Muhammad Alif Iqbal panggilannya ‘abang’.
Kembar yang kedua bernama Muhammad Alif Irfan lebih dikenali dengan panggilan ‘adik’.
Subjek kajian dimulakan pemerhatian terhadap karektor
abang yang ketika ini tidak sihat. Situasi menunjukkan rengekan melampau dan
banyak permintaan di luar jangkaan yang mana kadang-kadang membuat si ibu
hilang kesabaran. Walau bagaimana pun, kemahuan dan kehendak abang cuba dituruti.
Ketika ini, ‘abang’ dalam keletihan dan baru diberikan ubat. Kesan dari ubat
kepada emosi subjek, si abang telah membuat permintaan dimana ingin makan buah
rambutan yang belum pun masak. Menangis dan terus menangis sehingga permintaan
abang dituruti. Si ibu memenuhi permintaan dengan mengambil sebiji buah
rambutan yang masih hijau dan diberikan kepada subjek. Dalam memahami seorang
kanak kanak yang sakit, memenuhi tuntutan dengan keadaan yang kekurangan, emosi
dan perasaan anak ini dapat dikurangkan
penderitaan dari segi psikologinya. Diperhatikan anak ini telah menggenggam buah
rambutan sehingga ia tidur, dan di waktu ini proses perubatan masih diteruskan
oleh ibu dengan menjurang kain basah dikepala untuk menstabilkan suhu badan
anak.
Abang yang sedang tidur |
Buah rambutan digenggaman abang |
Buah rambutan yang terlepas dari genggaman abang |
Adik tidur dengan nyenyak. |
Lebih kurang dua jam berlalu, abang tersedar dari tidur.
Abang terus mendapatkan buah rambutan yang telah terlepas dari tangan beliau.
Wajah abang yang sayu, seolah menyatakan abang tidak berdaya dan letih.
Hakikatnya, bagaimanakah anak kecil ini dapat meluahkan apa yang terkandung
dalam isi hati yang boleh dilafazkan kepada mereka tertentu. Mungkin bagi orang
dewasa, sudah pasti akan menyatakan keluhan dan rungutan tentang kesakitan yang
dialami.
Buah rambutan kembali digenggaman abang. |
Apabila abang mendengar alunan zikir di televisyen di
siaran Astro Oasis, abang bingkas bangun walau tidak terdaya untuk menonton
alunan zikir tersebut. Abang memang meminati alunan zikir dan nasyid. Tumpuan
abang ketika ini, pada siaran televisyen tersebut. Sayu hati si ibu melihat
anak kecil ini di dalam keadaan yang tidak sihat.
Abang mendengar alunan zikir di Astro Oasis |
Pemerhatian saya disambung semula disebelah malam.
Setelah siang di rumah kedai, kini saya dan keluarga pulang ke rumah di sebelah
malamnya. Kesian melihat emak yang keletihan menjalankan urusan kedai makan. Pemerhatian
diteruskan lagi dengan melihat gelagat abang yang tidak sihat. Tidak
semena-mena, abang meminta duit syiling di dalam tabung dikeluarkan untuk
bermain. Wah! permintaan di luar jangkaan. Pening kepala saya memikirkan
permintaan anak ini. Perlukah dipatuhi, hati kecil ini bersuara. Cuba saya
tidak mengikut kehendak abang. Suara abang meraung boleh didengari oleh seluruh
penduduk kampung. Inilah gelagat anak kecil yang apabila kehendaknya cuba
dihalang. Oleh sebab kasihankan abang yang tidak sihat, kehendak abang saya
patuhi. Abang begitu asyik bermain duit syiling. Dituang kedalam bekas. Di
susun mengikut kehendak hatinya.
Abang bermain dengan duit syiling. |
Disebelah malam, abang sudah nampak segar dan semakin
sihat. Alhamdulillah. Tetapi pengambilan ubat masih diteruskan sehingga
betul-betul sihat.
Kesimpulan yang dapat saya buat di sini, kita sebagai
manusia mempunyai gelagat dan karenah masing-masing mengikut ketika, keadaan
dan suasana. Dewasa atau kanak-kanak mempunyai gelagat dan tingkah laku
tersendiri. Selain itu, gelagat manusia juga dipengaruhi oleh faktor umur,
jantina, pendidikan, kesihatan dan tempat.
Dalam menangani sesuatu isu, banyak faktor perlu diberi penekanan, didalam faktor memahami tuntutan sifat kemanusiaan yang mana terlalu abstrak serta subjektifnya untuk difahami menjadikan sesuatu kes agak kronik untuk diselesaikan. Apakah ada had atau limitasi tertentu? Bagaimana seseorang individu itu boleh menyelesaikan, adakah cukup sekadar memahami atau memerlukan pengkhususan ilmu, ataupun pengalaman dan kemahiran juga di tuntut. Memahami persoalan dan konteks ini, kaedah, penyebab, kronologi, mahupun apa sahaja, perlu diadun sesuai dengan tugasan dan cabaran dihadapi. Natijah meminta kita membuka seluasnya dan ambil peluang sebaiknya dalam memenuhi tuntutan hidup yang dikehendaki.